Sunday 28 December 2008

Ambil tindakan terhadap blog hina Rasulullah

Abdullah: Ambil tindakan terhadap blog hina Rasulullah

27/12/2008 5:42pm

ALOR GAJAH 27 Dis. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini.

“Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog tersebut yang turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.

Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.

Abdullah berkata: “Saya baru saja, dalam ucapan Hari Krismas baru-baru ini, mengatakan kita perlulah bersikap toleran, perlu pastikan kehidupan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan berlainan keturunan, kita mesti sentiasa waspada, sentiasa mengingati diri kita, jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan yang tidak kita suka, ini pula hal berkaitan dengan agama”.

- Bernama

a.d.a.m. kata:

Demikianlah reaksi PM yang kita cintai terhadap blog yang menghina junjungan besar, Muhammad SAW. a.d.a.m. cukup menghargai apa yang telah dilakukan oleh sahabat perjuangan BPN ini. Tanpa respon mereka, pasti blog-blog seperti ini akan berterusan menghina Islam yang menjadi pegangan kita.

Mungkin ini juga patut dijadikan pengajaran!!! a.d.a.m, difahamkan wanita yang disebutkan empunya blog itu telah bertemu YB Datuk Shabery dimana mengakui blog itu bukan kepunyaannya. Hairan bin ajaib, bagaimana si manipulator ini mampu menggunakan nama juga alamat wanita ini sebagai IP blognya. Inilah yang dikatakan dunia dah maju, zaman dah berubah. Anda perlu berhati-hati, mana tahu anda juga menjadi mangsa seperti wanita ini.

Begitupun, a.d.a.m. amat berharap yang pihak berkuasa bijak dalam menggunakan akal fikiran menentukan hukuman terhadap pesalah cyber seperti ini. Bagi a.d.a.m., pihak berkuasa patut memantau penggunaan blog bagi mengekang blogger-blogger seperti ini menyalahgunakan artikel, idea juga pandangan terhadap isu-isu yang bisa menggugat negara.

Bukan bermakna, kebebasan sebagai seorang blogger disekat tetapi bagi memastikan blogger juga punyai etika. Sejarah membuktikan blogger juga mampu mempengaruhi rakyat!!! Terakhirnya, buat si blogger laknat bersemukalah jika anda merasakan berada pihak benar!! Janganlah, bertindak baling batu sembunyi tangan, berani kerana benar takut kerana salah!!!

ARTIKEL WANITA ITU BERTEMU SHABERY(DISINI)

kemaskini:

a.d.a.m mengucapkan salam takziah kepada kerabat diraja Almarhum Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diatas kemangkatan Tuanku Yang Dipertuan Besar, Tuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman, 86 tahun pagi semalam. Semoga ALLAH, mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tuanku. ALFATIHAH.



3 comments:

Taminsari said...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

fahana_ann said...

baru aku dapat melawat blog ni..em,kepandaian disalahguna mmftnah org lain..yg teruknya dimain dgn agama yg dah tentu dimurka Allah..kenapalah trgamak orang tu buat macam tuh...huhuhuhu

a.d.a.m. said...

taminsari,
salam maal hijrah juga salam perjuangan!!

fahana_ann,
saudari, semestinya ia satu perjuangan umat Islam untuk menentang kejahilan juga memerangi kafir harbi. terima kasih kerana mengunjungi bolg ini.