Friday 26 December 2008

Kembali Bersama

Disember 2008


PILIHANRAYA JANUARI '09.
a.d.a.m pasti kesemua parti politik di Malaysia tercinta ini begitu sibuk dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang di adakan tahun depan. Pembukaan tahun baru yang cukup simbolik bagi a.d.a.m.!!! Semestinya, masing-masing mengharapkan kemenangan. Pemilihan Datuk Wan Farid bagi a.d.a.m satu taruhan yang cukup besar bagi UMNO amnya juga BN khususnya. Sehingga kini, a.d.a.m difahamkan 2 borang pencalonan telah dibeli. Siapa atau parti mana, a.d.a.m belum dimaklumkan lagi. a.d.a.m harapakan pemilihan Datuk Senator ini, tidak mengundang perasaan irihati dalam kalangan ahli UMNO. Perjuangan suci Allahyarham Datuk Razali perlu diteruskan.

UMNO LABUAN.
Belum terlewat rasanya bagi a.d.a.m. mengucapkan kata tahniah kepada Saudara Asmawi Hj. Awg. Besar yang dilantik Exco Pelajaran UMNO Labuan. Beliau yang baru dilantik menjadi Ketua Kampung 2 bulan lalu rasanya begitu komited memastikan pendidikan berterusan yang patut dimiliki anak Labuan.
Begitupun, kontroversi yang melanda UMNO Labuan sebelum ini harapnya tidak berterusan. Jalinkanlah hubungan muhibah, anda punya kuasa untuk menyatukan kembali ukhwah perwakilan di cawangan masing-masing. Sesungguhnya, ALLAH amat membenci kepada perpecahan!!!


HIJRAH
Hijrah 1430 bakal menjelang tidak lama lagi. Sungguh a.d.a.m katakan ianya satu peristiwa yang jika kita hayati dengan ajaran Islam sebenar mampu mengembalkan semula kegemilangan Islam seperti mana zaman para sahabat dahulu. Insyaallah, sama-sama kita hayati. Corak perjuangan Islam harus diselarikan bersama ibadat juga perbuatan. Sekadar bercakap sahaja tidak memadai. Al-Quran dan As-Sunnah harus dijadikan panduan!!! Islam bukan sekadar retorik semata-mata!!
Pesanan a.d.am. bersangkut-paut dengan debat Khairy-Husam baru-baru ini. Bagi a.d.a.m. debat seumpama itu seolah-olah mempermainkan hukum juga menunjukkan ketinggian ilmu masing-masing!!! Riak nammanya perbuatan itu!!! Akhirnya, penilaian hanya berdasarkan teori akal semata-mata. Kemudian, keluar pula cerita yang a.d.a.m boleh klasifikasikannya fitnah besar. Khairy bongkak, Husam munafik!!! Masyaallah, hebatnya permainan politik dunia jahil!!! Cukup-cukuplah, mengadu-domba!! Fitnah menfitnah bukan budaya Islam kita... (a.d.a.m sekadar berpesan-pesan dengan kebenaran)

PENUTUP.
a.d.a.m ucapkan selamat tahun baru Hijrah buat muslimin muslimat yang mengikuti perkembangan blog a.d.a.m. Sesungguhnya, ia cukup memberi makna besar dalam Hijrah diri!! Wassalam..

No comments: