Wednesday 3 December 2008

Tinggal Tanda Tanya????

2008 kian tiba ke penghujung, a.d.a.m. masih ternanti-nanti satu reformasi baru Melayu yang diuar-uarkan parti politik tanah air. Sejak dari PRU lalu, masih tidak ada pembaharuan yang dapat kita saksikan. Tapi, kita terus dicabar dan dicabar!!! Situasi ini, a.d.a.m fikir menjerumuskan rakyat ke satu keadaan dimana mereka boleh bil a-bila masa sahaja mencetuskan huru-hara.
Kalau dulu, boleh dikira kontroversi politik yang timbul, namun kini; ada saja isu yang boleh menjadi pergaduhan, dibahaskan tanpa ada kesudahan. Baik di bahagian kerajaan mahupun pembangkang. Di Selangor, a.d.a.m. difahamkan Khalid Ibrahim bakal digugurkan dari jawatan MB. Kerana bagi pucuk pimpinan PKR, beliau tidak ada kredibiliti yang boleh diyakini. Huh, dulu siapa suruh ebgkau pilih KB???
UMNO pulak masih ada kontroversi, antaranya:
  • Labuan (PEMUDA) - diarahkan bermesyuarat semula dimana kemenangan berpihak kepada Saudara Rafi. a.d.a.m. bukan memihak kepada mana-mana pihak kerana a.d.a.m. bukan ahli dalaman UMNO; a.d.a.m bersuara kerana a.d.a.m anak jati Labuan. a.d.a.m berharap yang kepimpinan baru PEMUDA dapat berkolaborasi dengan Bahagian bagi memantapkan lagi aspek oerjuangan Melayu. a.d.a.m. berharap supaya apabila rumah telah siap, harapnya pahat tidak akan berbunyi lagi!!!
  • P.Pinang(Datuk Arif Shah)- calon MP Permatang Pauh ini, berkata beliau disisihkan oleh kepimpnan baru UMNO Bahagian. Calon yang dulunya pernah mengkritik hebat DSAI dan PKR ini khabarnya hampir-hampir menerima tawaran sebagai Timbalan KM II kerjaaan DAP!!! Sesuatu yang mengejutkan bagi a.d.a.m. Pelbagai reaksi yang a.d.a.m terima daripada sahabat BN dan juga pembangkang PP. Beginikah perangai politikus yang dulunya begitu gah berjuang kerana UMNO??? Aduh inilah sikap orang Melayu yang paling a.d.a.m. benci; gunting dalam lipatan!!!
  • K.Bahru(Zaid Ibrahim)- mantan menteri yng dipecat kerana belot kepada perjuangan parti!!! Inilah, orang pertama yang berani muncul setelah 'pertapaan'!!! Muncul di konvokesyen parti lawan, yamg terkenal dengan pnipuannya(PKR)!!! Inilah, yang a.d.a.m. suka katakan sebagai perangai beruk Melayu yang mana apabila tiada jalan kemenangan maka jalan seperti ini dipilih bagi mencabar kepimpinan sendiri.
a.d.a.m. sehingga kini masih tertanya dimana pendirian orang Melayu dalam berpolitik??? Apakah cukup sekadar mendapat nama, pangkat??? Atau, perpaduan menjadi teras perjuangan???!! Tinggal Tanda Tanya...

5 comments:

Mohd Farid Bin Mohd Taufik said...

sabarlah a.d.a.m........
salam perjuangan....
salam perjuangan BPN....

www.pmukmkl0708.blogspot.com

www.sedarlahbangsaku1986.blogspot.com

a.d.a.m. said...

salam perjuangan anak melayu...

salam perjuangan BPN!!!

sumandak bayu said...

Salam Bro

Mohon untuk istiharkan perang zihat ke atas blog ini demi pertahankan agama ISlam kita
http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Qurban, Bro.

Anonymous said...

Pemimpin2 perlu dihantar ke kursus agama. Coz, di akhirat nanti, mereka akan ditanya apakah mereka melihat setiap isi kandungan pemerintahan mereka. Setiap rumah tu makan ke penghuninya, sakit demam rakyatnya. Eeeeiii.. banyak tanya oooo... malaikat dalam kubur tu mesti sibuk punya tanya pemimpin tentang macam2. Siap sedialan kamu wahai pemimpin.