Tuesday 30 December 2008

Perjuangan Tiada Hujungnya!!!

ISU HINA ISLAM
Salam Maal Hijrah buat semua. a.d.a.m. pasti isu yang panas diperkatakan dipenghujung 2009 ini pastinya isu blog menghina Islam yang membuatkan umat Islam berasa ia perlu diperangi. Emosi ini bukan sekadar dikongsi rakyat biasa tetapi juga kerabat diraja yang menjadi tonggak kekuatan bangsa Melayu.
a.d.a.m. bersyukur kerana diberi kesempatan memerangi golongan seperti ini, yang bagi a.d.a.m. hanya menilai Islam berdasarkan logik akal semata-mata!!! a.d.a.m. cukup tertarik kepada post terbaru Panglima Perang Cyber(klik disini) yang berjaya mengesan kedudukan blogger pedestrianinfidel!!! Ingin sekali a.d.a.m. katakan kita golongan muda Islam kini bergerak seiring dengan kemajuan teknologi. Dengan bantuan teknologi inilah PPC mampu mengetahui kedudukan sang durjana ini.
Begitupun, a.d.a.m. bersimpati kepada sang wanita yang dieksploitasi si durjana ini. Sebenarnya, umum sendiri masih sangsi atas dasar apa identiti wanita ini digunakan sebagai IP kepada blogger laknat ini. Apapun, a.d.a.m. berdoa semoga wanita malang ini mendapat keadilan sepenuhnya kalau benar beliau dipergunakan. Negara ini, sudah cukup punya undang-undang mementukan hukuman kesalahan si blogger tersebut.
Sekian kalinya, cuba kita ingati kembali penghijrahan Muhammad SAW yang cukup besar maknanya dalam perjuangan Islam. Semoga lembarab Hijrah 1430 ini, memberi makna besar dalam perjuangan Islam!!! Perjuangan yang tiada penghujungnya!!!

2 comments:

Ramlen Salleh said...

Teruskan Perjuangan ...

fahana_ann said...

kecanggihan teknologi digunakan untuk perkara yang tak betul..silapnya manusia dengan nikmat kurniaan allah pada kita...moga dia sedar diri..