Tuesday 18 November 2008

Peringatan Buat Melayu Ku!!!

Peringatan Buat Melayu ini, ADAM tujukan khas kepada Melayu dan yang beragama Islam yang memegang puncak kuasa. Ia sebenarnya menceduk sedikit idea daripada sajak tulisan Ust Ashaari. ADAM bukan ahli kepada organisasi yang ditubuhkan beliau tetapi, sedikit sebanyak tulisan beliau mengilhamkan ADAM untuk mencoretkannya ke dalam blog ini.
Semakin hari, ADAM dapat rasakan Melayu bukan dipinggirkan bangsa lain, tetapi oleh bangsa kita sendiri!!! Kita seringkali ungkapkan, "takkan Melayu hilang didunia", percayalah ungkapan ini retorik semata-mata!!! Melayu yang berkuasa malas serta malu membantu bangsa sendiri. Sikap yang telah kita warisi bertahun lamanya, iaitu prejudis akhirnya membantutkan pemikiran Melayu untuk bergerak maju kehadapan!!! Lihat saja kepada remaja Melayu, betapa enaknya mereka bersenang-lenang... Aneh bukan?????
Sehingga ke hari ini, ADAM tertanya apakah yang diperjuangkan oleh parti berteraskan MELAYU. UMNO, bantu mat rempit, PAS, berterusan dengan prejudis dan hukum haramnya, PKR??? Lagilah talam dua muka!!!! ADAM bimbang, jika ia berterusan Melayu akan hilang di dunia. Prejudis, bermuka-muka, mengadu-domba!!!! Aduh, apalah malangnya Melayu ku!!!! Hayatilah sajak ini, mudah-mudahan ada pengajaran yang boleh kita pelajari.....



Tidak lama lagi banyak orang yang rasa kecewa
Rasa malu, rasa kesal, rasa marah dan geram
Satu perubahan politik dan sistem akan berlaku di dalam negara
Ada parti yang merasa kuat ingin berkuasa mengganti kuasa yang ada, amat kecewa
Rasa malu amat ketara, ada yang merajuk dan putus asa
Ada pemimpin yang berangan-angan hendak menjadi hero
malu dan tersipu-sipu di hadapan rakyat
Ada ulama-ulama yang telah menempa nama begitu confident
untuk berjaya terasa jatuh air mukanya
Begitu malu dengan orang ramai, rasa hendak lari dari keramaian
Pengikut-pengikut parti yang selama ini riuh-rendah berjuang
Ingin menumbangkan kerajaan yang zalim dan yang melakukan sewenang-wenang
Aduh amat sakit hatinya, bercakap di sana bercakap di sini kerana kecewanya
Kerana tidak disangka-sangka orang yang tidak berparti yang berkuasa
Pemimpin yang selama ini semua golongan menghina dan menentang tiba-tiba berkuasa
Pemimpin yang telah dilupakan orang naik takhta
Aduh macam-macam rasa, marah, geram, kecewa dan putus asa
Tidak terfikir orang yang memimpin berlaku di luar dugaan
Tapi rakyat jelata ramai yang senang menerimanya
Pemimpin-pemimpin yang lama, makin lama, makin dilupakan orang
Parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang berangan-angan, malu hendak muncul di tengah ramai
Ada yang terus membawa diri dan menghilangkan diri
Tidak mampu lagi berhadapan dengan orang ramai
Kerana mereka dahulu orang yang sibuk menemui rakyat kerana ingin jadi hero
Tiba-tiba pemimpin yang mendiamkan diri yang ditabal
Begitulah kuasa Tuhan, boleh memberi kuasa sesiapa yang Dia suka

SUMBER:http://www.ikhwantoday.com

2 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

geng, aku pun tulis benda yg sama!!!
hahaha!!!
tpy,len ckit dari kau...!!!

Anonymous said...

Sebenarnya bangsaku ini angkuh & sombong. Kita ingat kita sudah cukup senang & selesa.Bangsa kita perlu sedar sebenarnya jaminan kesenangan & keselesaan datangnya daripada Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu. Bangsa lain sedang hebat mengetur strategi untuk merebut dan merubah semua ini. Kita pula dari atas sampai kebawah berbelah & berpuak-puak.. Hai Bangsaku ! Bangsaku !!