Monday, 17 November 2008

Minyak Turun Lagi!!!

Alhamdulillah, hari ni kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak. ADAM menyambut pengumuman tu penuh rasa syukur!!! Dengan penurunan harga minyak, sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos hidup ADAM.
Namun, disebalik semua itu ADAM masih menunggu penurunan harga barang mentah... Bukan ape, sekurang-kurangnya ia akan meningkatkan produktiviti hidup rakyat. Dalam hal ni, seharusnya peruncit, pemborong, pembekal juga harus mengambil langkah yang sama. Siapa tahu, ianya mungkin memberi kelebihan dalam perniagaan anda; betul tak???? ADAM yakin, rakyat MALAYSIA juga mempunyai rasa seperti ADAM. Hairannya, dalam keriuhan penurunan harga minyak ni takder sorang pun pembangkang lebih-lebih lagi Nuar Berahim 'menyalak"??? Pelik bukan???? Takkan tak nak komen, Datuk Seri???? Hehehe... Sekurang-kurangnya, ucap terima kasih kepada Menteri Kewangan, kerana beliau juga mampu buat lebih dari Datuk Seri jadik menteri kewangan dulu....
Seperti yang ADAM sebut tadi, penurunan harga minyak ni rasanya macam bonus hujung tahun kepada rakyat MALAYSIA. Sebabnya, penurunan ini berlaku semasa cuti sekolah. Menjadi satu tradisi kelaziman rasanya buat warga MALAYSIA kembali ke kampung pada waktu cuti. Sekali lagi, terima kasih MALAYSIA kerana memahami tanggungan rakyat!!!


A.D.AM kata:
"masih menunggu komen pembangkang pasal penurunan harga minyak!!!"

2 comments:

PeminatJutawanMalaysia said...

alhamdulilah lega skit harga minyak dah turun,harapnya harga barangan pun turun jugak.....boleh la cuti2 malaysia hujung tahun ni....

tepet said...

SALAM ADAM

1st den nak cakap den bukan PRO PR... tapi den nak cakap.. secaro logik nyo... bendo bagus takkan lah pembangkang nak komen...diam jo la..kang puji kang cakap pulak.. pembangkang dah takde idea ka...dah takdo isu.. baik diam je..
lagi satu terlalu awal tuan adam puji menteri kewangan kito yang baru... dan bandingkan dongan dsai.. masa dsai jadi menteri kew. dulu minyak naik cuma sekali.. itu tak bulih nak dinafikan hik hik hik