Sunday 30 November 2008

Jangan Cabar Ketuanan Kami!!!

Ketuanan Melayu tidak lagi relevan - Mei Fun

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.

''Oleh itu kita sama-sama bangunkan negara,'' katanya selepas mempengerusikan dialog antara Exco Wanita MCA dengan 19 ahli bahagian Wanita, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Miri di sini hari ini.

Ditanya apakah pandangan Soi Lek itu selari dengan semangat UMNO yang menjadi ahli komponen dalam Barisan Nasional (BN), Mei Fun berkata:

''Kita tidak dapat memberi arahan supaya semua orang bersetuju dengan pandangan mereka.

''Biar mereka mempunyai pandangan yang tidak sama tetapi apa yang penting ada semangat kerjasama antara satu sama lain.

''Apa yang disuarakan oleh Soi Lek itu selaras dengan konsep kongsi kuasa dalam BN,'' katanya.

Mei Fun berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Soi Lek yang berpendapat konsep ketuanan Melayu tidak relevan hari ini dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.

Soi Lek berkata, konsep itu mungkin sesuai apabila ia dirangka sebelum kemerdekaan negara tetapi tidak lagi hari ini berikutan rakyat memberi isyarat jelas menerusi pilihan raya umum lalu.

Soi Lek memberitahu demikian ketika menyampaikan syarahan di Subang Jaya, kelmarin.



a.d.am kata:

Merujuk kepada ucapan kedua-dua pemimpin 'besar' MCA ni, cukup buat a.d.a.m tersirap!!! Macam ni ke kepemimpinan demokrasi, toleransi yang diamalkan sebilangan pemimpin kaum di Malaysia???? Bagi a.d.a.m kalau mahu menjadi juara dalam kalangan kaum sendiri elakkanlah pendirian yang boleh menggugat ketuanan kaum Melayu yang a.d.a.m pegang!!! Kalau sebelum ini, telah ada pemimpin Cina mengeluarkan kenyataan yang sama, kali ini a.d.a.m mahukan keadilan!!!

Kesilapan pemmpin division UMNO kaum Cina mahukan permohonan maaf dari PM, kali ini a.d.a.m mahukan Presiden MCA bertanggungjawab!!! Di mana letaknya, tanggungjawab serta persefahaman yang diuar-uarkan bersama dalam komponen BN????? a.d.a.m bukan bersikap membuta-tuli, bukan juga angkuh membela bangsa a.d.a.m. Tapi, realiti adalah realiti!!!

Sekian lama orang Melayu punyai sikap berdiam-diri, tunduk patuh kepada kaum lain atas dasar toleransi. Fikirkanlah, haruskahmadu yang diberi dibalas tuba???!!!! Kami, orang Melayu masih menghormati kaum lain, sensitif kepada pegangan lain; satu a.d.a.m ingatkan; kalau mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana mahu berebut jawatan dalam parti sendiri; elakkan menyentuh ketuanan Melayu!!!

Harapnya, Tuan Presiden MCA 'yang dihormati' sensitif kepada kaum Melayu. jangan jadikannya retorik semata-ata!!! Kepada kedua-dua pemimpin 'lancang' ni, a.d.a.m ingatkan :JANGAN CABAR KETUANAN KAMI!!!!

4 comments:

Al-Rashid Zulkefli said...

sokong bro!!!!
perlu kita bantah& dewan perwakilan orang2 cina harus bertanggungjawab!!!
perlu ke kita ada pemipin yg tidak sensitif kpd bangsa kita???!!!

fahana_ann said...

huh,yang ni aku masih perlu cari maklumat lain sebab dari satu unsur yang aku dengar,ketuanan melayu seakannya tak perlu dibangkitkan lagi..banyak perkara yang perlu difikirkan...

Anonymous said...

Sebenarnya Melayu kita tidak Bersatu. Pemimpin Melayu banyak yang bertopeng, konon memperjuangkan Melayu tetapi hakikatnya perjuangan lebih kepada mencari kekayaan semata-mata. Maka dengan itu, bangsa lain berani menyentuh isu Ketuanan Melayu...

awang kata said...

Yang perlu dibangkitkan ialah apa pengajaran yang selayaknya kepada yang membangkitkan ketuanan Melayu. Bagaimana kalau dibangkitkan kerakyatan bukan Melayu (bukan bumiputera) di negara ini - perlukah mereka ini dipulangkan kembali ke negara asal mereka sedikit demi sedikit mengikut keperluan.