Wednesday 26 November 2008

Terima Kasih BPN!!


Hari ini, adalah hari cukup bermakna bagi a.d.a.m kerana a.d.a.m dapat menyertai Blogger Pembela Negara. Penyertaan ke dalam kumpulan blogger menemukan a.d.a.m dengan sesuatu yang a.d.a.m pasti dapat mengetengahkan segala idea, harapan, pandangan para blogger yang sayang kepada Islam, Melayu , dan juga Malaysia. a.d.a.m sedar kalau setakat sebatang lidi takkan mampu menjadi apa-apa melainkan rapuh serta mudah dipatahkan!!! a.d.a.m tau hidup ibarat enau dalam belukar, bukan budaya Melayu juga Islam.
Memang, pada mulanya a.d.a.m berasa was-was untuk menyertai perkembangan BPN ini. Namun, akhirnya a.d.a.m menemui sesuatu yang baru setelah melihat resolusi yang dirumuskan oleh setiausaha PBN( kalau a.d.a.m tidak silap). Resolusi, penyatuan, ukhwah, persefahaman itu yang a.d.a.m temui dalam BPN. Kalau sebelum ini, blogger bersorak menyuarakan pendapat , komen terhadap bangsa dan agama dengan merumuskan yang "Blogger harus bersatu, bangkitlah Melayuku" tanpa apa-apa tindakan!!! Berbeza dengan BPN, ianya menghasilkan sesuatu yang baru dalam memartabatkan kembali Melayu serta mempertahankan Islam. Harapan a.d.am, BPN akan terus berusaha mengembalikan kegemilangan agama dan bangsa!!! Insyaallah, a.d.a.m akan membantu dari segi tenaga juga idea untuk apajua lapangan kerja yang dirancang bersama.
Yang terakhir, a.d.am ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat a.d.a.m, yang memperkenalkan a.d.a.m kedalam blog panglima perang cyber!!! Terima kasih semua!!!

4 comments:

Panglima Perang Cyber said...

NANTI JADI TUKANG PROMOSILAH YER...

SEPERTI SELENDANG DELIMA YANG SELALU YM DALAM SIDANG. DAN SUDAH MENJADI BIRO PROMOSI

DATANG LAGI DAN KITA AKAN SAMA SAMA BRAINSTORMING DAN MENYUSUN GERAKAN ATAS DASAR MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

TQ

rossees said...

salam...jumpa a.d.a.m dari blog 'pearl of life'... lalu merasakan, 'ha, budak ni mesti da baca novel ADAM... ramlee awang murshid...haha... aku suka novel tu...mang lain daripada yang lain! semoga dapat meneruskan perjuangan yang masih belum selesai itu!! perjuangan apa?

jaga niat! life is so meaningful every second =)

salaam

Taminsari said...

Salam Bloggers BPN untuk ADAM.
Selamat berjuang.

Taminsari
belantan.blogspot.com

Anonymous said...

ADAM selamat berjuang...moga kita terus berjuang tanpa henti...